Isnin, 5 Mac 2018

KENALI EJEN HARTANAH ANDA!







Wan Muhamad Zamri Wan Nawang.
Mobile: 012-9185187.
Senior Property Negotiator attach with RESCOM REALTY VE(3)0244.
Probationary Estate Agent (PEA 1073).
www.NiagaHartanah.Com
www.Zamri.Rescom.My
www.Mudah.my/wanzamri

Almost 10 years experience. Specialize area in Bandar Bukit Mahkota, Bandar Seri Putra, Bandar Baru Bangi, Kajang, Serdang, Seri Kembangan, Cheras, Semenyih, Puchong, Subang Jaya, Sg Buloh, Shah Alam, Damansara, Ampang, Gombak, Kuala Lumpur, Putrajaya, Cyberjaya, Nilai, Mantin, Salak Tinggi, Kota Warisan, Kota Seriemas, Bandar Enstek, Seremban, Sendayan dan sekitarnya.

Latest Coverage:
Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan Melaka & Sabah.


Jika tuan puan ada pertanyaan lanjut, bolehlah layari website:


Atau terus Call/Sms/Wassap di talian: 

012-9185187 En Wan Ejen Hartanah.

Terima Kasih.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Utk mendapatkan khidmat urusan Jual, Beli, Sewa dan Pajak Rumah @ Hartanah Anda, sila klik link di bawah:

www.NiagaHartanah.Com/lantik-ejen

Atau boleh Call/Sms/Whatsupp "EJEN" untuk temujanji anda.

Boleh juga emelkan details Hartanah Anda utk Semak Harga Pasaran secara PERCUMA.

Details:

Nama Pemilik:
No Hphone:
Alamat Hartanah termasuk poskod:
Jenis Hartanah:
Luas Tanah:
Luas Binaan:
Anggaran Kos Reno jika ada:
Harga Jual/Sewa:
Gambar dalam dan luar hartanah:

E-mel ke: wanrealty2u@yahoo.com

WAN EJEN HARTANAH 012-9185187.
"Komitmen, Agresif & Fokus"
In Shaa Allah.

~END~

KENAPA PERLU BERURUSAN DENGAN EJEN HARTANAH BERDAFTAR?

www.NiagaHartanah.Com


1) Mengelakkan Penipuan

Ejen hartanah Berdaftar wajib berdaftar dengan Lembaga Penilai Pentaksir dan Ejen Hartanah di mana mereka dibekalkan dengan ID unik berserta Tag. (Mei 2014)
Setiap ejen Hartanah Berdaftar mesti bernaung di bawah Agensi Hartanah & wajib menghadiri Seminar Pendaftaran Ejen Hartanah.

Sekiranya berlaku sebarang salaah laku, anda seharusnya mempunyai maklumat agen tersebut untuk di bawa ke muka pengadilan.

Deposit Pembeli akan di simpan ke dalam Akaun Pelanggan Agensi Hartanah sebagai Pemegang Amanah bagi memastikan tiada penyelewengan

2) Melancarkan Proses Jual Beli/Sewaan

Urusan jual-beli tidak mudah. Seorang ejen hartanah mempunyai pengetahuan berkenaan dokumen yang diperlukan dan boleh menyediakan semuanya dengan teliti dan betul.

Ejen hartanah akan memastikan setiap proses bermula dari pinjaman, dokumentasi sehingga selesai proses jual beli berjalan dengan lancar.

Urusan sewaan juga kadangkala agak rumit. Jadi, tugas ejen hartanah adalah memastikan perjanjian sewa beli dan urusan berjumpa bakal penyewa berjalan lancar.

3) Kemahiran

Dalam proses jual beli, penting untuk kita mengetahui harga pasaran semasa, kelayakan seseorang pembeli, prosedur jual beli dan banyak lagi. Kesemua kemahiran ini ada pada ejen hartanah.

Seseorang ejen hartanah juga tahu mengetahui pasaran semasa sesuatu kawasan. Mereka akan melihat kepada aspek permintaan dan tawaran, keadaan pasaran terkini, lokasi, jenis rumah seperti adakah bilangan bilik sesuai dengan harga tawaran.

Mereka juga boleh membuat rundingan harga yang boleh menjimatkan ribuan ringgit. Ejen mempunyai akses kepada maklumat seperti nilai rumah di kawasan itu, purata harga jualan dan berapa hari rumah sudah berada di pasaran untuk dijual.

Dengan melantik ejen hartanah, pastinya akan menjimatkan masa pihak penjual dalam mengenalpasti potensi pembeli.

4) Jaringan Hartanah Yang Luas

Ejen hartanah boleh mengesyorkan pihak yang pakar di dalam setiap prosedur jual beli rumah seperti:

Pegawai Bank – melancarkan proses pinjaman pembeli

Penilai – memastikan harga di dalam nilai pasaran

Peguam yang baik – sangat penting bagi proses dokumentasi serta urusan pindah milik sesuatu hartanah.

Senarai pembeli sedia ada.

Jika tuan puan perlu maklumat lanjut, sila layari website:


Atau terus Call/Sms/Wassap di talian: 
012-9185187 En Wan Ejen Hartanah.


Terima Kasih.

PROSEDUR JUAL BELI RUMAH ATAU HARTANAH DI MALAYSIA


Nak jual rumah ni ada cara dan langkah. Tak boleh redah je. Tak boleh expect terus dapat keuntungan. Mari ambe terangkan kesemua aspek dan cara jual rumah. Artikel ni ambe assume tuan puan menjual rumah sendiri tanpa khidmat ejen hartanah.

Kandungan

Cara Nak Menetapkan Harga Rumah
Kos Menjual Rumah
Nak Tahu Cara Jual Rumah Cepat? Impresi Pertama Sangat Penting
Dokumen Yang Perlu Disediakan
Cara Nak Pasarkan Hartanah
Cara Berurusan Dengan Pembeli
Prosedur Jual Rumah
Berapa Lama Proses
Perangkap Jualan Hartanah Yang Pemilik Kena Tahu
Patutkah Saya Guna Khidmat Ejen Hartanah

Cara Nak Menetapkan Harga Rumah
Rumah yang tuan puan nak jual bersaing dengan ratusan rumah lain. Bila menetapkan harga rumah tuan puan kena buang emosi.

Pemilik rumah ni kebanyakannya ada emotional value dengan rumah. Nak lagi jika rumah tu telah lama diduduki dan diubahsuai.

Oleh sebab itu pemilik menetapkan harga yang terlalu tinggi. Kesannya rumah lambat terjual.

Atau boleh jadi juga tuan puan letak harga terlalu rendah. Ini menyebabkan kerugian yang besar untuk tuan puan.

Kunci nak jual rumah cepat ni dengan menetapkan harga yang relevan dengan permintaan pasaran. Caranya dengan mendapatkan data yang factual dengan langkah berikut.

1) Semak Market Value

Tuan puan mesti semak nilai pasaran sebelum tetapkan harga rumah. Harga yang ikut nilai pasaran akan memudahkan pembeli. Mereka akan lebih senang mendapatkan pinjaman.

Kebanyakan pakej pinjaman hanya beri margin 90%. Jika rumah berharga RM100,000 misalnya, amaun pinjaman ialah RM90,000. Dan RM10,000 tu ialah deposit yang pembeli bayar secara tunai.
Bayangkan jika tuan puan tak semak market value dan tetapkan harga RM150,000. Tentulah membebankan pembeli. Pembeli terpaksa keluarkan tunai sebanyak RM60,000.

Itu pun belum lagi campur dengan kos guaman dan stamping. Kos guaman dan stamping pula dalam 5% daripada harga rumah. Besar kemungkinan pembeli tidak akan berminat nak buat belian.
Nak semak market value rumah ni boleh guna cara berikut:

Gunakan khidmat Semak Market Value yang ambe sediakan ni
Semak dengan penilai melalui jurubank
Semak dengan ejen hartanah

Semakan dengan jurubank / penilai ni mungkin susah sedikit. Klien utama mereka adalah ejen hartanah atau pembeli rumah. Bukan pemilik. Jadi mungkin kebanyakan mereka sedikit reluctant.

Untuk semak nilai pasaran ni tuan puan kena beri butiran berikut:

Jenis rumah
Alamat lengkap
.Saiz lot dan binaan rumah
Kedudukan lot (intermediate, corner atau end lot)
.Kos ubahsuai, jika ada.

Sedikit tentang ubahsuai. Jika ubahsuai melibatkan ubahsuai struktur, mesti ada kebenaran daripada pihak berkuasa.

Ubahsuai struktur tu biasanya jika tuan puan buat extension rumah. Kalau tidak dapat kebenaran, pengubahsuaian struktur tak akan dikira dalam market value.

Semakan nilai pasaran yang tuan puan buat ni adalah percuma dan secara verbal confirmation sahaja. Penilai tidak akan keluarkan valuation report.

Jika perlukan valuation report tuan puan kena buat lantikan penilai. Ada kos untuk kerja ni.

2) Buat Kajian Tentang Pesaing dan Permintaan
Setelah tuan puan semak market value eloklah tuan puan semak pula tawaran di pasaran.

Market value yang tuan dapat dengan penilai tu adalah indikatif pasaran. Penilai beri nilai tersebut mengikut kepakaran dan professional judgment mereka. Tetapi harga yang pemilik lain tawarkan di pasaran mungkin lebih rendah.

Contohnya. Jika tuan puan dapat nilai pasaran RM500,000 untuk rumah tuan puan daripada penilai. 
Tetapi kalau pemilik lain jual pada harga RM400,000 sudah pasti rumah tuan puan susah nak terjual.

Tuan puan boleh buat cara berikut:
Semak medium iklan seperti Mudah.my dan Propertyguru. Lihat harga tertinggi dan terendah rumah berdekatan. Adakah harga tuan puan kompetitif? 

Rumah yang harganya lebih rendah daripada rumah tuan puan pastinya akan terjual terlebih dahulu. Melainkan ada sesuatu yang unik dengan rumah tuan puan.

Tanya ejen hartanah tentang harga transaksi dan permintaan berdekatan rumah tuan puan. Ini penting. Walaupun harga iklan tinggi namun mungkin harga transaksi jauh lebih rendah. Nak lagi dalam keadaan ekonomi yang kurang baik.

3) Ambil Kira Faktor Negatif
Ada beberapa faktor yang boleh menyebabkan harga rumah tu tak boleh dijual dengan harga tinggi. Tuan puan kena ambil kira faktor ni semasa menetapkan harga.

Rumah berhampiran dengan loji kumbahan. Ikut pengalaman saya rumah begini memang susah nak dijual ikut harga semasa. Tuan puan mungkin kena diskaunkan harga rumah untuk tarik minat pembeli.

Rumah berhampiran TNB substation atau power line. Ada kajian mengatakan terdapat risiko kesihatan tinggal berdekatan dengan TNB substation dan power line. Kajian ini tidaklah konklusif. Tapi pembeli yang cakna akan fikir dua kali sebelum buat belian.

Rumah yang ada kerosakan. Pastikan tuan puan baiki kerosakan rumah sebelum menjual. Kerosakan yang jelas kelihatan seperti crack dan bocor susah nak dapat harga yang ada permintaan.

Rumah pangsapuri paling atas.Rumah paling atas ada risiko kebocoran. Ramai pembeli sukar nak teruskan belian atas faktor ni.

Rumah pangsapuri tiada lif tingkat atas. Pembeli yang berkeluarga sangat menekankan faktor ni. Jika ada rumah tingkat bawah dengan harga berpatutan, mereka akan consider tu dulu.

Rumah di kawasan bermasalah.Jika rumah berada di kawasan bermasalah contohnya berdekatan dengan kawasan tanah runtuh atau kadar jenayah tinggi, harga memainkan peranan yang sangat penting. Jangan letak harga yang terlalu tinggi di kawasan begini.

4) Ambil Kira Margin Untuk Rundingan
Tuan puan kena ambil kira margin untuk rundingan. Hartanah adalah high-value item yang pastinya akan ada rundingan harga. Jika tuan ingin jual dengan harga 500k misalnya, tetapkan harga sekitar RM520k.

Kesimpulan

Ambe harap artikel panduan dan cara jual rumah yang ambe tulis ni dapat memberi bantuan kepada tuan puan yang berhasrat nak jual rumah.

Jika tuan puan ada pertanyaan atau pendapat, bolehlah layari website:


Atau terus Call/Sms/Wassap di talian: 
012-9185187 En Wan Ejen Hartanah.


Terima Kasih.